Showing posts with label read and heed:). Show all posts
Showing posts with label read and heed:). Show all posts

20170129

Hitam, Putih dan Pelangi

Hitam dan putih: dua warna yang sering kita tamsilkan sebagai ganti kepada baik dan buruk. Yang hitam itu buruklah, yang putih itu baik baik sahaja. Tetapi kita sering terlupa dalam kaca mata hitam dan putih yang kita pakai sejak mula mengenal baik dan buruk, ada berjuta spektrum warna yang berbeza. Begitu juga pandangan manusia. Baik bagi kita belum tentu baik bagi orang lain. Buruk bagi kita, mungkin bayang syurga buat dia. Apa yang saya nilai dan perhati dari media sosial, terlalu banyak manusia yang menjadi peguam dan hakim. Atau lebih tepat, menjadi Tuhan. Menghukum manusia kerja seharian mereka. Apa kau lupa, dibalik pendapat yang kau tegakkan itu, ada berjuta sudut pandang yang berbeza?

Contoh mudah di muka buku. Ada ketika kita melihat sahabat atau kenalan berkongsi mengenai 'cabutan bertuah' kononnya menang itu dan ini bernilai ribuan ringgit. Laju sahaja jemari bermain aksara melontar kata 'bodoh' dan 'buta' kepada yang berkongsi. Benar, kebanyakan laman yang memuat naik pos sebegini hanya untuk meraih jumlah 'like' semata. Tetapi kita lupa, untuk menegur dengan berhikmah. Mungkin individu yang berkongsi tersebut sememangnya tidak tahu niat busuk pemilik page berkenaan. Mereka cuma berharap nasib berpihak kepada mereka. Mungkin dengan memenangi kereta XX setidaknya anak anak tidak lagi perlu menadah perit mentari kala pulang dari sekolah membonceng motosikal.

Cerita kedua, saya kagum dengan kesungguhan beberapa pihak membongkar kes kes penipuan yang hanya menghanguskan duit pelabur. Sebelum bergelap mata dengan untung yang tak kunjung tiba, ada baiknya kita bongkar dan sedarkan mereka. Apa yang kurang berkenan di hati saya adalah perkataan yang dilontar bukan sahaja tidak enak dibaca malah menyakitkan hati sekalipun pada yang tidak terlibat secara langsung. Saya tidak ada masalah jika anda ingin menghukum penipu durjana yang mengambil duit masyarakat dengan hina. Tetapi terangkanlah dengan hikmah apa yang salah dan benarnya. Bila ada yang bertanya terus dilabel itu dan ini. Saya yakin dan percaya yang menyertai skim itu ini bukanlah tidak arif perihal sekian banyak syarikat sebegini. Tetapi mereka gelap mata seketika membayangkan duit yang bakal beranak pinak usai melabur. Tekanan ekonomi, begitulah. Sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menambah pendapatan sesen dua. Diri bukan lagi dirajai hati, minda atau nafsu. Sebaliknya wang.

Cerita ini cuma sebahagian dari apa yang saya baca dan nilai. Moralnya, apa jua yang kita fikir benar bagi kita belum tentu benar bagi orang lain. Saya yakin dan percaya setiap manusia cuma ingin yang terbaik untuk dirinya. Cuma satu yang pasti, hitam dan putih yang ditetapkan oleh Allah janganlah diubah sewenangnya mengikut nafsu.

Bingkisan ini hanyalah salah satu spektrum warna yang saya kira benar dari sudut pandang saya. Anda mungkin punya pendapat dan nilai yang berbeza. Tidak salah kita merai kepelbagaian dengan senyuman. Usah terus menyebar benih kebencian. Dunia ini sudah tenat dengan hasad dengki dan benci.

syazwani, peminat setia pelangi.

20160118

bukan hasil garapan saya. sekadar perkongsian :)

Istiqamah itu sangat penting sahabat. Ramai yang tersungkur akhirnya menjadi futur.

Dah tidak seperti di dalam suasana beragama.

Dah tidak lagi rindukan ilmu.

Dah tidak lagi rindu mengisi jiwa.

Sebab tu pentingnya 'mencari' suasana bukan 'menunggu' suasana.

Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama.

Adapun yang sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia-siakan suasana yang ada berlalu begitu saja.

Berubah itu memang payah.
Tetapi sekali kita berubah, istiqamah itu berganda lagi payah.

Kita selalu dengar mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Yup.
Apa guna dapat syurga dengan senang lenang ?

Kena ada 'sesuatu' yang diusahakan untuk mendapat syurga itu.

Bak kata orang.
Mana ada benda 'free' datang bergolek.

Saya sendiri cemburu dengan orang-orang yang tengah berhijrah. Manisnya terlalu manis.

Saya nak ingatkan satu hal.
Bila kita dah naik tangga dan melangkah ke step hijrah. Janganlah menghakimi manusia sesuka hati. Takut syaitan cucuk-cucuk kita jadi ujub.

Apa itu ujub ?
Merasa diri 'lebih' baik dari orang lain.

Rasa itu boleh merosakkan amal-amal kita.

Penghijrahan kita bukanlah untuk siapa-siapa melainkan Dia.

- Kak Hassanah
https://telegram.me/kakHassanah