20121017

Hasil Pertama

السلام عليكم

alhamdulillah, akhirnya saya punya masa untuk meng'update' blog yang dah lama ditinggalkan berhabuk ni. suka untuk saya kongsi kegembiraan saya kali ni. alhamdulillah, puisi saya yang pertama dihantar ke artikel iluvislam telah diluluskan dan di'publish'. *sejak bulan lapan sebenarnya*


Benar,
Setiap orang pernah melakukan kesalahan.
Tetapi salah jika kita tidak pernah cuba membetulkannya
dan masih mengulanginya.

Benar,
Cinta itu suci dan fitrah bagi manusia.
Tetapi salah jika cinta itu bukan untuk Allah
Tapi bagi tujuan maksiat.

Benar,
Tidak menutup aurat tidak bermakna anda jahat.
Tetapi salah, kerana sejauh mana kebaikan anda,
Syariat Allah tidak anda jaga.

Benar,
Kubur itu asing-asing
Tidak perlu menjaga hal orang lain.
Tetapi salah, kerana kita semuanya bersaudara
dan menjadi tanggungjawab seorang saudara
untuk membimbing saudaranya ke syurga.

Benar,
Kehidupan dan masa depan di tangan Allah.
Tetapi salah, jika kita hanya menyerahkan kepada
takdir dan tidak berusaha untuk mengubahnya.


Benar,
Kita hanyalah insan biasa.
yang pengetahuan agamanya tidak sebanyak mana.
Tetapi salah, jika kita tidak menyahut seruanNya,
"Sampaikanlah dariKu walau hanya sepotong ayat."


harap kita semua dapat manfaat daripadanya,insyaAllah :)

p/s: Alhamdulillah, saya baru menghabiskan semester pertama di sini dengan jayanya (•‿•)