20151228

the other side of the coin :)

   when I came upon one of my friend's fb status on how she feels like comitting suicide after being downgraded for her physical appearance, I do feel the urge to share my own experiences. well of course no one would ever want to be fat right. well, I could say that it's our fault too for not controlling our nafs over food. but to belittle somebody especially with harsh words, that's too much.
  
   back on my early years when I'm in a boarding school, I dare to say that there aint any rainbows at all. I've been humiliated, downgraded and bullied just because of my physical appearances. for those who've known me for that time might say that I look just fine, and I'm the girl who always laugh, I'm not serious in anything etc. but seriously, deep down there, it hurts. it's freakingly hurts that I was once, too, think of suicide. you didn't know how much problems that someone is facing, you've never been in their shoes. but what could I tell you is, I can still feel the impact. until now. seriously. my junior years were nightmares. I'm depressed, I hurt myself more than once because I hate my own self. I'm speaking of my own experience, which happened for me.

   depression is REAL, dear people. we might see that they look happy, joking around and whatnot but it's slowly killing them inside. so, for those who think that you're just joking for belittling someone physical appearance or whatever, please please please, stop whatever on earth you're thinking. you might be a murderer but you're free because the doctors will conclude that the person died from depression not because of you, killing him.

   for the victims, if I could survived those nightmares, I strongly believed that you can survive too. how? I believed in myself, I tried my best to figure out what could I do to prove them that even a fat or ugly person could achieve something in their life. and Alhamdulillah, I really really thanks Allah for giving me my family and debate family especially. seriously, they're the reasons why I'm stronger, why I always look up for another day of my life.

   if you've been downgraded for your physical appearance, dont be sad, dont even think of killing yourself. please know that there're always, ALWAYS someone out there who love you with all their heart. and I do love you keh! :) look at your mum and dad. at least, they're the reason why you should keep on living. dont worry about your future whether you'll be married or not, put your trust in Allah, have faith. and the most important advice is, be patient. because Allah is with the patience. show to the world that you're something precious don't be shy or ashame of yourself. all of Allah's creation are beautiful. YOU are beautiful.

love,
the victim that survived :)

p/s: grammar nazi are welcome to correct my grammar/english cause I'm still learning. thanks in advance!
oh, and please excuse the typo I'm writing on my phone in the dark, and sleepy but still wanna write something 😂

20150406

Puteriku Sayang :)

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya

*baca, dengar dan digest maksudnya sekali ;)
** sumber lirik dari http://liriknasyid.com

20150328

Roda Kehidupan

Assalamualaikum,

     Bila diberitahu saya lebih suka naik bas 'lompat-lompat' yang terkadang mengambil masa dua jam lebih berbanding bas ekspres untuk pulang ke rumah, rata rata orang menganggap saya pelik. Kata mereka, mana ada orang mahu duduk berhimpit dalam bas yang panas, penuh dengan bauan kurang enak dan menyesakkan. Hakikatnya, saya pandang bas 'lompat-lompat' itu sebagai sebuah roda kehidupan. Yang didalamnya terdapat pelbagai watak manusia, rata ratanya hidup mereka saban hari memikirkan bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin menzalimi rakyat kelas bawahan, atau marhaen ini.

     Saya dapat lihat keringat warga emas yang sebaya dengan tok dirumah, mengangkat barang jualan menahan bas di tengah hari yang terik. Sungguh apa yang saya fikir, andainya itu tok saya sendiri masih tegakah saya membiarkan dia bekerja. Sampai ke usia senja sekalipun masih menggunakan kudrat tulang empat kerat untuk mencari nafkah. Seorang lelaki tua yang buta, hanya menggunakan batang mop sebagai tongkatnya menaiki bas berseorangan. Pernah juga duduk bersebelahan seorang ibu mengandung membawa dua anak kecil, dengan penuh susah payah berseorangan menguruskan anak anak. Ajaibnya golongan ini, sekalipun mereka dalam kesusahan, mereka tidak lokek menghadiahkan senyuman dan menjadi teman berbual saya sepanjang perjalanan menelusuri kehidupan masyarakat yang penuh kasih sayang sesama insan. Hidup mereka penuh dengan kebahagiaan sekalipun mereka dalam kesempitan.

     Ada suatu ketika di hadapan saya duduk seorang pelajar sebaya dengan saya rasanya, perempuan. Datang sekumpulan nenek naik bas tersebut, disebabkan keadaan bas yang sempit dan tempat disebelah perempuan tadi hanya dibuat letak beg, salah seorang nenek memandang mengharap diberikan tempat duduk itu buatnya. Yang menyakitkan hati, perempuan tadi tidak langsung pedulikan nenek tersebut, malahan hanya membetulkan letak duduk begnya. Akhirnya, nenek tersebut menumpang duduk dengan rakan yang bersama naik bas sebentar tadi. Sedih dengan akhlak perempuan tersebut, seorang muslim yang langsung tidak menunjukkan kasih sayang sesama saudara malahan mementingkan diri sendiri. Berlawanan dengan penumpang bukan Islam yang tidak kisah bangun dan berdiri bagi memberikan tempat pada yang selayaknya. Sampai bila kita mahu menjadi seorang Islam pada nama yang tidak mempunyai akhlak sehebat baginda Rasulullah SAW?
     Pernah juga saya berkesempatan berbual dengan seorang yang membahasakan dirinya 'tok' dalam perjalanan dari Alor Star ke Sungai Petani. Tok ini menceritakan kerisauan beliau pada golongan muda yang tidak lagi menghargai makanan tradisi apatah lagi mahu belajar dan meneruskan legasi makanan tradisional. Banyak input yang tok ini kongsikan sepanjang perjalanan. saya sendiri rasa dihargai bila bersembang dengan beliau.

     Hakikatnya, dalam perjalan lebih tiga jam untuk pulang kerumah, saya banyak belajar. Tentang susah payah masyarakat, tentang kasih sayang dan paling penting tentang hakikat kehidupan. Sesekali, cuba naiki 'roda kehidupan' ini dan pandanglah mereka dengan mata hati agar kita lebih menghargai setiap nikmat yang Allah beri.

20150323

Qaniah Syumaila

ingin ku punya peribadi secantik Qaniah Syumaila,
dia wanita yang memuliakan agama,
pekertinya indah namun dia wanita gagah,
dalam kelembutan ketegasannya terserlah,
dalam urusan ikhtilatnya dijaga rapi,
mujahadahnya tinggi dek cinta kepada Ilahi,
biar dikecam ekstrim dia tegar menjaga akhlak,
biar dikata sombong namun dia mawar berduri,
hatinya pada yang satu, jiwanya sentiasa membendung nafsu,
inginku punya peribadi seindah Qaniah Syumaila

**Qaniah Syumaila merupakan watak dalam novel garapan Ustzh Fatimah Syarha. Banyak hasil karya beliau berjaya menyentuh hati remaja saya. semoga bermanfaat! :)

20150320

Kahwin Muda. Perlu atau tidak?

Assalamualaikum W.B.T,

Pertamanya, saya menulis kali ni di atas pendapat dan pandangan saya sendiri berdasarkan sedikit sumber rujukan. Dan sesungguhnya, saya bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan soal ini dari sudut pandang dalil mahupun penjelasan secara terang dari hadis dan sebagainya sebab secara jujurnya, saya sendiri masih dangkal dan cetek ilmu agama.

Persoalan yang wajib meniti di bibir gadis, mahupun pemuda menjangkau lewat belasan dan mencecah ke angka puluhan pasti soalan kahwin dan mendirikan rumah tangga. Tambahan dengan trend semasa yang banyaknya pasangan berkahwin muda membuatkan ada sesetengah pihak rasa 'tergugat' bila masih tidak berteman menjangkau usia 20. Persoalannya sediakah kita untuk memikul tanggungjawab? Sebab, amatlah rugi dan sayang sekali jika kita berpendirian kahwin awal atas dasar mengelakkan maksiat, tanpa memikirkan kesediaan kita terutamanya para wanita untuk menjadi seorang pendidik bakal khalifah di dunia ini.

Sebagai seorang wanita, saya ingin lebih memberatkan perihal wanita dan sudut pandang dari kaca mata seorang wanita dalam isu ini. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum mengambil langkah untuk berkahwin terutamanya pada usia muda. Dari sudut jasmaninya, kestabilan kewangan seorang bakal suami mungkin salah satu isu yang kita perlu berfikir panjang. Namun, secara rohaninya, kita perlu berfikir, kita bakal menjadi seorang ibu yang akan bertanggungjawab mendidik khalifah kecil kita dalam mahligai cinta kita kelak. Bukan sekadar mengajar mengira dan membaca, namun kita harus mempersiapkan putera dan puteri kita dengan ilmu agama secukupnya. Terutama apabila memikirkan  zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dan dugaan.





Sudah lancarkah kita membaca Al Quran, Kalam Allah? Sedang hukum tajwid dalam Quran itu sendiri saya yakin bukan semua mahir apatah lagi hukum dan fiqh kewanitaan. Jika kita mempunyai seorang puteri nanti dan dia bertanya kepada kita  memandangkan kita seorang ibu, orang yang terdekat dengan dia mengenai isu fiqh ini, bersediakah kita?

Mungkin ada yang akan berkata, "Kalau nak menimba ilmu agama, sampai bila pun takkan habis."
Benar, ilmu untuk mengenal dan memahami Islam mungkin takkan habis kita fahami hingga ke liang lahad. Setidaknya, persiapkanlah diri dengan perkara perkara asas. Contoh, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya. Agar ada penjelasan buat anak anak kita nanti. Bukan sekadar menjawab, "Orang Islam semua kena buat. Allah suruh" Persiapkan diri dengan hujah dan ilmu agar dapat kita membentuk seorang khalifah yang jati diri Islamnya kuat dan in sha Allah mampu menjadi anak soleh yang mendoakan kita di 'sana' kelak.

Persoalan kedua yang timbul dalam orang 'muda' yang teringin kahwin awal ialah "kahwin awal kan elok untuk elakkan zina, apa salahnya?" Benar, perkahwinan itu salah satunya untuk mengelakkan zina, malahan bagi sesiapa yang sudah tidak mampu mengawal lagi bimbang berzina, diwajibkan kahwin keatasnya. Namun, sedar atau tidak, persoalan 'kahwin awal nak elak zina' ni akan timbul pada manusia manusia yang hidupnya sudah biasa dengan jalan jalan menghampiri zina. Ber SMS, chatting dan bergayut di telefon dengan bukan mahram. Jika sedari awal kita jaga hati dan pergaulan, kita serahkan hati pada Allah, akan timbulkah isu berkahwin untuk mengelakkan zina? Saya yakin tiada.



Kepada pasangan yang berkahwin awal, Alhamdulillah. Allah tetapkan jodoh anda sampai awal. Kepada yang masih bersendirian, persiapkan diri anda untuk menjadi wanita solehah agar, si suami yang bakal menjadi peneman hidup anda nanti juga si dia yang soleh. Simpan hati anda buat yang halal, jadikan cinta anda cinta yang 'high class'. Bukan anda sahaja, saya sendiri pernah mengalami konflik 'teringin' kahwin awal. Namun, bila saya perhalusi apa niat saya nak berkahwin awal, dan plan jangka masa panjang saya sendiri, saya sedar saya hanya mampu berharap pada Allah yang terbaik. Pesan saya, kepada sahabat sahabat yang mengimpikan untuk  berkahwin pada usia muda, siapkan plan kehidupan dan diri anda dari sekarang. Sekiranya anda tidak membebankan ibu bapa dan berkahwin atas dasar agama, in sha Allah, Allah akan permudahkan niat kita. Buat sesiapa yang belum sampai jodohnya, ketahuilah, Allah sebaik baik perancang. Gunakan kesempatan yang ada buat para gadis terutamanya untuk berbakti kepada ibu bapa anda selagi mampu. Sebab, saat anda sah menjadi isteri, tanggungjawab dan perhatian anda kepada suami dan keluarga adalah yang utama.

semoga Allah berkati hidup anda, saya dan kita semua. Semoga Allah permudahkan apa yang terbaik untuk kita. in sha Allah :)




20150201

sedarkah kita?

السلام عليكم

sungguh saya terkejut apabila tadi seorang hamba Allah tiba-tiba menghantar facebook chat mengenai mesej berantai yang saya kira ramai orang pernah di'forward' kan mesej-mesej sebegini.sangkaan saya,bila kita semua hidup dalam dunia moden dan pendedahan mengenai agama semakin banyak,mesej sebegini akan kita abaikan.tapi saya silap.masih ada insan yang percaya dengan 'kuasa' mesej sebegini.masyaAllah!

sorry kene sebarkan jgk and baca smpai habis tau.. 5:28pm Assalamualaikum . Tolong jangan delete. Mesej ini dari Ibnu Said (Juru Kunci Mekah), beliau bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w dalam mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dalam ibadah krn dunia sudah goyah dan tua. Jangan tinggalkan solat. Tolong sebarkan mesej ini kpd 20 Muslim. In shaa Allah, dalam masa 10 hari, anda akan mendapat rezeki yang besar dan bila tidak disebarkan, maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada hentinya. Demi Allah ia akan terbukti. Maaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn ...........dan tolong baca dgn sangat teliti.seorang anak dari aceh barat, di tubuh anak itu trdpt tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dgn hewan2 apapun. Ini tanda kiamat, saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dlm 1 jam.. apabila saya melanggar, saya akn trkena musibah, sya akn slalu gagal dlm usaha saya, dan cita2 saya tdk akn tergapai, anda sudah bernazar...maaf ya,, saya jg korban#Sebarkan segera
sedar atau tidak,apabila kita meng'forward' kan mesej-mesej sebegini kita seolah-olah hilang kepercayaan dengan kuasa Allah.kita takut jika apa yang dikatakan akan menjadi kenyatan.perkara ini tidak ubah seperti kita percaya kepada benda-benda khurafat dan mensyirikkan Allah.semua sedia maklum,hanya Allah SWT yang maha berkuasa.maka mengapa kita terus-terusan mempercayai ayat-ayat yang hanya mainan aksara tangan manusia?

sudah hilangkah kepercayaan dan sudah goyangkah akidah kita kepada kuasa Allah? mungkin perkara ini hanya dianggap remeh oleh anda.sebaliknya,sedarlah.jika hanya dengan mesej-mesej sebegini mampu membuatkan kita takut akan perkara yang belum tentu ada benarnya,bagaimana mungkin kita akan survive di akhir zaman nanti? di mana fitnah dajjal akan semakin berleluasa?

semoga kita akan sedar dan membetulkan yang biasa serta membiasakan yang betul.kuatkan iman dan keyakinan bahawa hanya Allah yang berkuasa.berdoalah agar kita tidak terpedaya dengan mainan manusia yang hanya bijak menyusun aksara.

semoga kita kan menjadi muslim yang mukmin dan dipelihara Allah hingga ke akhirnya :)


20150121

Bihun Hailam

Assalamualaikum!

lepas beberapa lama tak makan masakan panas panas abg jiji kat depan kolej tu, tetiba harini teringin nak makan bihun hailam. makanya, geledah la dapur tu cari apa yang ada. tengah hari rembang pun boleh makan bihun hailam. tak nampak nasi dah. lol. makanya, walaupun takda orang minta tetap nak share resepi kan. haha. mana tau nanti anak anak nak tengok. okay. enough with the merapu-intro-session, mohle kita tengok!



Saiz Hidangan : 2 orang

☞ sedikit minyak untuk menumis
☞ 700ml air
☞ 1/2 batang carrot (potong panjang)
☞ 1 biji bawang besar
☞ 3 ulas bawang putih (diketuk)
☞ sayur sawi 
☞ 2 ketul dada ayam (potong dadu)
☞ 1 sudu makan sos tiram
☞ 1 sudu makan serbuk bihun sup adabi 
(bancuh dengan sedikit air)
☞ 1 biji telur
☞ sedikit lada hitam (optional)
☞ 1 sudu makan tepung jagung
(bancuh dengan sedikit air untuk kepekatan. tapi saya tak letak)


panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu dan naik bau. kalau ikut pepatah baratnya, sautee bawang bawang tu.


masukkan serbuk bihun sup yang telah dibancuh dengan air tadi dan tumis seketika. masukkan isi ayam yang dipotong dadu. biarkan seketika. dan masukkan air.


masukkan sos tiram. lepastu masukkan carrot dan batang sawi. masukkan depa ni dulu sebab mereka mereka ni ambil masa yang lama sikit nak masak. bila dah nampak mendidih tu, tambahkan daun sawi, kacau seketika dan masukkan telur. seterusnya, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. kacau seketika dan boleh lah dihidang 

btw, ini adalah resepi untuk kuahnya sahaja. boleh la letak bihun goreng, kuey tiow, mi, maggi, atau apa apa ja yang hampa nak makan dengan kuah ni. hihi
kalau tak pakai serbuk bihun sup tu, boleh letak kiub pati ayam. just letak sikit nak bagi rasa rasa ja 
kalau rasa terkurang sini sana bolehlah ditambah ikut selera sendiri. selera setiap orang lain lain kan. ada yang nak pedas, ada yang nak masin masam, etc. so, inilah basicnya. selamat mencuba! adios! 

20150120

Puding Roti & Kuah Kastad


lepas beberapa hari mengidam puding roti akhirnya semalam terlaksana jugak hajat di hati. sebab semalam rushing nak siapkan itu ini, maka pakai main campak ja dalam blender semua sekali. senang cerita 

resepi ni ambil dari blog farah lee. maka, marilah kita cuba bersama sama. miam!

Bahan-bahan:

☞ 600ml susu sejat/fresh milk
☞ sebiji telur
☞ 5 sudu makan mentega
☞ 1 sudu teh esen vanilla 
☞ 3 sudu makan gula
☞ sebungkus roti gardenia (pek kecil)

Bahan untuk kuah kastad:
☞ 2 sudu makan tepung kastad
☞ 2 sudu makan gula
☞ 1 tin susu sejat

Cara-Cara:

 panaskan ketuhar kepada 190°
 campak semua benda kecuali roti dlm blender selama 3-4 minit/sampai semua benda dah sebati (takda ketul ketul)
alihkan adunan ke dalam mangkuk lain.
potong roti gardenia jadi bentuk segitiga.kalau korang nak carikkan roti tu pun boleh.tapi tak kemaslah.hehe
celup roti tadi dalam adunan susu tu.
leserkan loyang dengan mentega. susun roti cantik cantik dlm loyang tadi dan tuang lebihan kuah.
bakar selama 30min

Untuk kuah kastad:

 campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau dahulu sebelum letak atas api.
masak atas api perlahan selama 3 minit. kastad ni perlu sentiasa dikacau supaya dia tak pekat dan berketul ketul.
tak perlu masak sehingga pekat sebab nak buat kuah je kan.
bolehlah dihidang bersama puding roti tadi.

*drooling* T.T

20150119

Kek Lapis Simple

Assalamualaikum. saya nak share resepi kek lapis yang terrsangat ringkas. kalau tunggu nak beli yang dekat sarawak tu, lambat lah sikit kan. mana nak tempah lagi mahal pulak kekadang tu *sobs* so, ni resepi yang saya dapat dari makcik saya. sangat simple dan takdalah mahal pun bahan dia. saya pulak jenis yang lebih suka buat sendiri kalau nak makan apa apa. hehe. dan ada resepi update dari ni yang saya dah buat business. Alhamdulillah *senyum sampai telinga* dalam next update saya ceritakan pasal business Lapislicious. untuk sekarang, terimalah, kek lapis *gitohh* 
smile emoticon
Bahan-bahan:

☞4 biji telur
☞1 cawan tepung gandum
☞1 cawan serbuk biskut marie(blendkan biskut marie tu sampai jadi serbuk)
☞3/4 cawan gula
☞1 cawan butter
☞esen vanilla



Cara-cara:
pukul butter dgn gula sampai kembang, 
masuk telur sebiji demi sebiji,
masuk esen vanilla.
lepastu masukkan tepung yg dah diayak.gaul sebati. 

masukkan serbuk biskut marie. gaul lagi
lepastu bahagi la ikut kaler apa yg kita nak
sapu butter kat loyang, masuk selapis dulu
lepastu kukus tau! dalam 5 min cemtu try cucuk.

kalau tak lekat apa apa kat lidi yg kita cucuk tu dah letak layer lain pulakulang sampai habis adunan
p/s: boleh gak letak apa apa perasa yang kita suka. yang saya buat ni saya letak selapis milo, selapis nescafe dengan vanilla. selamat mencuba!

dapur confirm bersepah sementara nak siapkan. lulz

gambar ni buruk. tak reti ambil gambar lelawa lagi T.T

20150117

Makaroni Bakar



Assalamualaikum. harini saya nak share resepi makaroni bakar. nak buat makaroni bakar ni sangat simple boleh campak ja apa yg kita nak lepastu tambah telur dan bakar. tapi yg ni saya buat makaroni dengan sambal ayam lepastu bakar. bolehlah cuba 

Bahan-bahan
A
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering (atau lebih)


B
setengah biji bawang besar (potong dadu)
 isi ayam (potong dadu)
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak
1/4 kiub pati ayam
setengah bungkus makaroni


C
8 biji telur

Cara-cara
☞ Panaskan oven (190°, api atas bawah)
☞ Rebus makaroni (ikut arahan di bungkusan makaroni tu)
☞ Cili kering direndam seketika dalam air panas
☞ Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering bersama sedikit air
☞ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
☞ Masukkan bawang yang dipotong dadu, gula, garam, kicap, kiub pati ayam, dan sos tiram.
☞ Masukkan ayam dan biar seketika
☞ Masukkan makaroni,gaul rata
☞ Angkat dan ketepikan
☞ Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul sebati
☞ Masukkan makaroni yang dah digoreng tadi dan gaul sebati bersama telur
☞ Leserkan loyang dengan mentega
☞ Masukkan makaroni yang digaul dengan telur tadi ke dalam loyang
☞ Bakar selama setengah jam - satu jam (kalau tengok dah agak masak tu boleh try cucuk dengan garfu. kalau garfu tu bersih, takda lekat apa apa maknanya dah masak )
☞ sedia untuk dihidang!


tadaaaa! *gaya macam hebat sangat ja :P*

Potato Casserole With White Sauce



Assalamualaikum. first time makan potato casserole ni masa ikut school trip ke Australia waktu form four. dan sampai sekaranglah teringat ingat benda alah ni. tapi biasalah, disebabkan penyakit malas  ni melaampau kekadang tu, sekarang baru menjadi. haha. apapun, saya nak share resepi casserole kentang dengan sos putih ni. in sha Allah sedap. resepi ni saya combine dari dua tiga resepi yang saya dapat di internet. resepi saya sertakan sekali di sini 


Sliced Potato Casserole With White Sauce

Bahan A

4 biji ubi kentang bersaiz sederhana (dipotong nipis / disagat)
sedikit garam dan lada hitam (untuk perasa)

Bahan B (Sos Putih)
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan air
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
kiub pati ayam
Cara-Cara
*Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah.
*Sos Putih
1. Cairkan mentega didalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng seketika sehingga bawang layu.
2. Masukkan tepung dan kacau seketika sehingga nampak sebati.
3. Masukkan susu dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan kiub pati ayam. Biarkan sos hingga mendidih. Tutup api dan biarkan seketika.
4. Susun kentang yang telah disagat tadi ke dalam loyang selapis dan tuangkan sedikit sos diatas lapisan kentang. Susun lapisan kentang di atas sos tadi. Ulang lapisan kentang dan sos sehingga habis. *seperti lasagna
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan tadi selama 30min. selepas 30min, taburkan parutan keju dan bakar kembali selama 20min.

6. Sedia untuk dihidang 


cheese meleleh! miam! 


rupa bentuk setelah dipotong :D

selamat mencuba!!