20161001

AS201: Bachelor of Science (Hons) Biology

Assalamualaikum dan selamat datang (?)
haha. okay pertamanya disebabkan sekarang musim adik adik final year diploma uitm tengah sibuk nak uruskan permohonan untuk penerapan, maka suka untuk saya kongsikan secebis pengalaman buat adik adik dari diploma sains terutamanya yang berminat untuk menyambung dalam pure biology di uitm untuk degree. inshaAllah akak (?) akan kongsikan apa yang hampa boleh expect dari course ni dari segi course outline, pengecualian kredit dan persediaan mental 😂

pertamanya, macam biasalah kan, dah boleh agak kalau course pure biology ni kebanyakan subjek akan berkisar tentang biologi lah secara umumnya. dalam course ni kita akan belajar mengenai manusia, binatang dan tumbuh tumbuhan. itu ja? mestilah tidak wahai adik adik sekalian 😂 contoh bayangan subjek yang akan dipelajari adalah cell biology, ecology, parasitology, genetics, animal physiology, animal behavior, plant physiology, biophysics dan pelbagai lagi. maka secara asasnya, boleh dikatakan hampir semualah cabang biology akan dipelajari. mungkin dengar macam scary jugak kan? haha. but no worries, alhamdulillah setakat ni subjek subjek tersebut masih boleh dihadam dan as expectedlah course ni memerlukan storage capacity lebih dari 1tb sebab kita akan baaanyak menghafal. selain dari subjek berteraskan biologi ni, ada juga subjek wajib universiti yang perlu diambil seperti ELC (english), bahasa ketiga (arab, mandarin etc), CTU (subjek pendidikan Islam) dan Kesatria Negara ( aka badan beruniform. tapi kalau hampa dari diploma uitm, tak payah ambil dah kesatria ni *lempar pom pom*) dan, ada juga subjek subjek business seperti finance, economy, insurance etc. selain itu, kita diwajibkan untuk menjalani latihan industri/praktikal yang akan dilakukan waktu cuti semester sewaktu semester ketiga. inshaAllah saya akan sertakan sekali course outline dalam ni. maka, itu adalah serba sedikit subjek yang terdapat dalam course outline untuk AS201.

kedua, pengecualian kredit (pc) buat pelajar pelajar diploma. okay, kalau sebelum ni kalian adalah dari jurusan diploma sains, microbiology dan yang sewaktu dengannya, berbahagialah sebab ada beberapa subjek yang akan dapat pengecualian kredit. sistem pengecualian kredit ni begini ya adik adik sekalian. contohlah kan, anda dari diploma microbiology sebelum ni dan pernah ambil subject microbiology dan waktu degree pun ada subject microbiology dalam course outline. maka, untuk degree kita dah tak perlu ambil subject tu. tapi, ada syaratnya juga. tak semestinya subject yang dah ambil time diploma boleh pass macam tu ja. ada kelayakan kredit untuk tentukan sama ada kita boleh pass atau kena ambil lagi sekali subject tersebut. contohnya untuk pass microbiology time degree hampa perlu score at least B baru boleh dapat pc. tapi, kalau time diploma dapat bawah dari B, terpaksalah ambil lagi subject tersebut. clear? (kalau tak clear boleh pm eh. sebab kadang memang confuse sikit nak karang ayat ni 😅) tapi, pada pendapat saya, students diploma sains beruntung bab pc ni sebab banyak subject yang kita boleh dapat pc. dah tak payah ambik calculus, physics, kimia semua tu *yeay!* . dapat pc juga bermakna tahun pengajian tu boleh dipendekkan. contohnya, tahun pengajian bagi pelajar dari asasi/matrikulasi adalah 4 tahun. tapi bagi pelajar dari diploma, hanya memerlukan 2 tahun untuk menamatkan pengajian.

itu ja rasanya perkongsian sebab saya sendiri masih belajar di dalam course ni tak mampu lagi nak bincangkan dari aspek penentuan kerjaya, masa depan dan sebagainya. tapi yang pasti, belajar dalam course apa pun, ada susah senangnya. kalau takda kesusahan dan pengorbanan, taklah terasa manisnya kejayaan kan? harapnya perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak memberi pengetahuan kat hampa mengenai AS201 atau Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi ini. buatlah pilihan sebaik mungkin. andai kata course ni bukanlah pilihan pertama, atau takda dalam list langsung, jangan risau Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. course ni pun bukan pilihan pertama saya juga tapi Alhamdulillah setakat ni saya memang seronok belajar dalam course ni. semoga post ini bermanfaat buat adik adik yang masih memilih! feel free to pm me if you have anything to ask 😉
sekian.

p/s: mohon maafkan kesalahan tatabahasa yang tunggang langgang termasuklah penggunaan bahasa rojak dalam post ini 😅
btw, kalau ada kawan atau senior yang nak menambah dan berkongsi, anda amatlah dialu alukan 😊

No comments:

Post a Comment