20200824

Kenangan

usah hidup dalam kenangan kata mereka

tapi tahukah mereka ada kenangan yang bertanda

pada sekecil-kecil perkara?

pada bayu yang membelai liukan padi

pada harum pulut ditanak bersama hirisan ubi

pada mengkuang yang dianyam teliti

pada ais kacang dibawah hangat mentari

pada basikal tua yang dimamah sepi


setiap satunya punya cerita

tawa dan air mata

impian, juga harapan yang berkecaian

ada rindu yang sarat tidak terlihatkan


usah ditanya bagaimana kami melalui hari-hari seterusnya tanpa kamu

mungkin senyuman terlukis bahagia

hakikatnya didalam menggunung derita


tulisan ini sekadar bingkisan kenangan kerana terkadang rindu ini sudah tidak tertahan



syazwani, yang masih merindu