20200415

Tteokbokki! (versi asal boleh :P)

assalamualaikum semuaa. memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni dah jadi hobi keluar masuk dapur, dan tetiba jadi rajin follow variety show Fun Staurant dan Delicious Rendezvous, maka bertukanglah seorang Khairul di dapur sebab tempting gilaa tengok makanan depa tu 😭

jadi, tanpa melengahkan masa, ayuhlah kita mulakan tteokbokki versi asal boleh menggunakan apa yang ada di dapur sahaja. PKP kan, jangan banyak keluar!

untuk resepi garae-tteok tu saya rujuk pada video YouTube cikdadida. boleh tengok kat sana okay? dia dah tunjukkan langkah demi langkah πŸ˜‰

ni kejadiannya lepas dah siap :)

sebelum mula buat tteokbokki ni, kita sediakan gochujang dulu okay. disebabkan mak tak koser nak order gochujang online segala, maka terjumpalah resepi ni. ni pun dari fun staurant juga. ada satu episode tu yeoungja dan sorang chef ni prepare gochujang express. so kita alter sikit mengikut selera Malaysia. gituh.

Gochujang Express

3 sdb gula
1 sdt garam
1 sdb tepung pulut
1 sdt cuka
1 sdt sos ikan
1 cawan air
1 cawan serbuk cili

1. panaskan air, api keciikk ja lepastu masukkan gula.
2. bila macam dah naik wap panas sikit tu masukkan garam dan tepung pulut. kacau kacau jap dalam 3 minit cemtu. pastu tutup api dan biarkan dia sejuk sikit.
3. masa bancuhan tadi macam suam suam, masukkan serbuk cili dan kacau sebati sampai dia jadi pes. lepastu masukkan cuka dan sos ikan.

settle, boleh simpan dulu yang ni. next, kita prepare kuah tteokbokki tu. resepi ni saya refer di laman My Korean Kitchen dan ianya pun dah diubah sikit sebab tak semua bahannya saya ada. hehe

Sos Tteokbokki

**buat yang ni dulu eh:
tteokbokki paste:
3 sdb gochujang express
1 ulas bawang putih (cincang halus/tumbuk)
1 sdb sos tiram
1 sdt kicap
2 sdb gula

1. gaulkan ja semua sekali sampai jadi pes dan ketepikan.

broth:
3 cawan air
1 kiub ikan bilis
garae-tteok
sosej, fish cake, atau apa apa sahaja bebola yang nak ditambah
1 biji bawang holland
daun bawang
minyak bijan

1. panaskan air, kemudian masukkan kiub ikan bilis. agak kiub dah larut, masukkan paste tadi dan biar sampai dia mendidih. kacau kacau sikit. pakai api sederhana ja. sos ni kena masak lama sebab kita pakai serbuk cili biasa so kalau tak masak betul takut sakit perut.
2. bila dah mendidih masukkan tteok/kek beras tadi dan masukkan bawang. perlahankan api supaya tteok tu masak dalam 10-15 min cemtu.
3. lepastu masukkan la sosej ke fish cake ke apa yang kita nak. kalau nak masukkan sekali dengan kek beras tadi pun okay. and masukkan daun bawang.
4. tutup api, pastu drip sikit minyak bijan. tabur bijan untuk hiasan.

donee. selamat mencuba semuaa πŸ’•