20150121

Bihun Hailam

Assalamualaikum!

lepas beberapa lama tak makan masakan panas panas abg jiji kat depan kolej tu, tetiba harini teringin nak makan bihun hailam. makanya, geledah la dapur tu cari apa yang ada. tengah hari rembang pun boleh makan bihun hailam. tak nampak nasi dah. lol. makanya, walaupun takda orang minta tetap nak share resepi kan. haha. mana tau nanti anak anak nak tengok. okay. enough with the merapu-intro-session, mohle kita tengok!



Saiz Hidangan : 2 orang

☞ sedikit minyak untuk menumis
☞ 700ml air
☞ 1/2 batang carrot (potong panjang)
☞ 1 biji bawang besar
☞ 3 ulas bawang putih (diketuk)
☞ sayur sawi 
☞ 2 ketul dada ayam (potong dadu)
☞ 1 sudu makan sos tiram
☞ 1 sudu makan serbuk bihun sup adabi 
(bancuh dengan sedikit air)
☞ 1 biji telur
☞ sedikit lada hitam (optional)
☞ 1 sudu makan tepung jagung
(bancuh dengan sedikit air untuk kepekatan. tapi saya tak letak)


panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu dan naik bau. kalau ikut pepatah baratnya, sautee bawang bawang tu.


masukkan serbuk bihun sup yang telah dibancuh dengan air tadi dan tumis seketika. masukkan isi ayam yang dipotong dadu. biarkan seketika. dan masukkan air.


masukkan sos tiram. lepastu masukkan carrot dan batang sawi. masukkan depa ni dulu sebab mereka mereka ni ambil masa yang lama sikit nak masak. bila dah nampak mendidih tu, tambahkan daun sawi, kacau seketika dan masukkan telur. seterusnya, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. kacau seketika dan boleh lah dihidang 

btw, ini adalah resepi untuk kuahnya sahaja. boleh la letak bihun goreng, kuey tiow, mi, maggi, atau apa apa ja yang hampa nak makan dengan kuah ni. hihi
kalau tak pakai serbuk bihun sup tu, boleh letak kiub pati ayam. just letak sikit nak bagi rasa rasa ja 
kalau rasa terkurang sini sana bolehlah ditambah ikut selera sendiri. selera setiap orang lain lain kan. ada yang nak pedas, ada yang nak masin masam, etc. so, inilah basicnya. selamat mencuba! adios! 

20150120

Puding Roti & Kuah Kastad


lepas beberapa hari mengidam puding roti akhirnya semalam terlaksana jugak hajat di hati. sebab semalam rushing nak siapkan itu ini, maka pakai main campak ja dalam blender semua sekali. senang cerita 

resepi ni ambil dari blog farah lee. maka, marilah kita cuba bersama sama. miam!

Bahan-bahan:

☞ 600ml susu sejat/fresh milk
☞ sebiji telur
☞ 5 sudu makan mentega
☞ 1 sudu teh esen vanilla 
☞ 3 sudu makan gula
☞ sebungkus roti gardenia (pek kecil)

Bahan untuk kuah kastad:
☞ 2 sudu makan tepung kastad
☞ 2 sudu makan gula
☞ 1 tin susu sejat

Cara-Cara:

 panaskan ketuhar kepada 190°
 campak semua benda kecuali roti dlm blender selama 3-4 minit/sampai semua benda dah sebati (takda ketul ketul)
alihkan adunan ke dalam mangkuk lain.
potong roti gardenia jadi bentuk segitiga.kalau korang nak carikkan roti tu pun boleh.tapi tak kemaslah.hehe
celup roti tadi dalam adunan susu tu.
leserkan loyang dengan mentega. susun roti cantik cantik dlm loyang tadi dan tuang lebihan kuah.
bakar selama 30min

Untuk kuah kastad:

 campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau dahulu sebelum letak atas api.
masak atas api perlahan selama 3 minit. kastad ni perlu sentiasa dikacau supaya dia tak pekat dan berketul ketul.
tak perlu masak sehingga pekat sebab nak buat kuah je kan.
bolehlah dihidang bersama puding roti tadi.

*drooling* T.T

20150119

Kek Lapis Simple

Assalamualaikum. saya nak share resepi kek lapis yang terrsangat ringkas. kalau tunggu nak beli yang dekat sarawak tu, lambat lah sikit kan. mana nak tempah lagi mahal pulak kekadang tu *sobs* so, ni resepi yang saya dapat dari makcik saya. sangat simple dan takdalah mahal pun bahan dia. saya pulak jenis yang lebih suka buat sendiri kalau nak makan apa apa. hehe. dan ada resepi update dari ni yang saya dah buat business. Alhamdulillah *senyum sampai telinga* dalam next update saya ceritakan pasal business Lapislicious. untuk sekarang, terimalah, kek lapis *gitohh* 
smile emoticon
Bahan-bahan:

☞4 biji telur
☞1 cawan tepung gandum
☞1 cawan serbuk biskut marie(blendkan biskut marie tu sampai jadi serbuk)
☞3/4 cawan gula
☞1 cawan butter
☞esen vanilla



Cara-cara:
pukul butter dgn gula sampai kembang, 
masuk telur sebiji demi sebiji,
masuk esen vanilla.
lepastu masukkan tepung yg dah diayak.gaul sebati. 

masukkan serbuk biskut marie. gaul lagi
lepastu bahagi la ikut kaler apa yg kita nak
sapu butter kat loyang, masuk selapis dulu
lepastu kukus tau! dalam 5 min cemtu try cucuk.

kalau tak lekat apa apa kat lidi yg kita cucuk tu dah letak layer lain pulakulang sampai habis adunan
p/s: boleh gak letak apa apa perasa yang kita suka. yang saya buat ni saya letak selapis milo, selapis nescafe dengan vanilla. selamat mencuba!

dapur confirm bersepah sementara nak siapkan. lulz

gambar ni buruk. tak reti ambil gambar lelawa lagi T.T

20150117

Makaroni Bakar



Assalamualaikum. harini saya nak share resepi makaroni bakar. nak buat makaroni bakar ni sangat simple boleh campak ja apa yg kita nak lepastu tambah telur dan bakar. tapi yg ni saya buat makaroni dengan sambal ayam lepastu bakar. bolehlah cuba 

Bahan-bahan
A
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering (atau lebih)


B
setengah biji bawang besar (potong dadu)
 isi ayam (potong dadu)
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak
1/4 kiub pati ayam
setengah bungkus makaroni


C
8 biji telur

Cara-cara
☞ Panaskan oven (190°, api atas bawah)
☞ Rebus makaroni (ikut arahan di bungkusan makaroni tu)
☞ Cili kering direndam seketika dalam air panas
☞ Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering bersama sedikit air
☞ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
☞ Masukkan bawang yang dipotong dadu, gula, garam, kicap, kiub pati ayam, dan sos tiram.
☞ Masukkan ayam dan biar seketika
☞ Masukkan makaroni,gaul rata
☞ Angkat dan ketepikan
☞ Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul sebati
☞ Masukkan makaroni yang dah digoreng tadi dan gaul sebati bersama telur
☞ Leserkan loyang dengan mentega
☞ Masukkan makaroni yang digaul dengan telur tadi ke dalam loyang
☞ Bakar selama setengah jam - satu jam (kalau tengok dah agak masak tu boleh try cucuk dengan garfu. kalau garfu tu bersih, takda lekat apa apa maknanya dah masak )
☞ sedia untuk dihidang!


tadaaaa! *gaya macam hebat sangat ja :P*

Potato Casserole With White Sauce



Assalamualaikum. first time makan potato casserole ni masa ikut school trip ke Australia waktu form four. dan sampai sekaranglah teringat ingat benda alah ni. tapi biasalah, disebabkan penyakit malas  ni melaampau kekadang tu, sekarang baru menjadi. haha. apapun, saya nak share resepi casserole kentang dengan sos putih ni. in sha Allah sedap. resepi ni saya combine dari dua tiga resepi yang saya dapat di internet. resepi saya sertakan sekali di sini 


Sliced Potato Casserole With White Sauce

Bahan A

4 biji ubi kentang bersaiz sederhana (dipotong nipis / disagat)
sedikit garam dan lada hitam (untuk perasa)

Bahan B (Sos Putih)
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan air
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
kiub pati ayam
Cara-Cara
*Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah.
*Sos Putih
1. Cairkan mentega didalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng seketika sehingga bawang layu.
2. Masukkan tepung dan kacau seketika sehingga nampak sebati.
3. Masukkan susu dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan kiub pati ayam. Biarkan sos hingga mendidih. Tutup api dan biarkan seketika.
4. Susun kentang yang telah disagat tadi ke dalam loyang selapis dan tuangkan sedikit sos diatas lapisan kentang. Susun lapisan kentang di atas sos tadi. Ulang lapisan kentang dan sos sehingga habis. *seperti lasagna
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan tadi selama 30min. selepas 30min, taburkan parutan keju dan bakar kembali selama 20min.

6. Sedia untuk dihidang 


cheese meleleh! miam! 


rupa bentuk setelah dipotong :D

selamat mencuba!!