20161006

Dalam menyelak helaian kehidupan,
Kita lihat pelbagai coretan, pada muka-muka belakang.
Ada contengan yang dipadam,
Namun tetap meninggalkan kesan.
Ada warna-warna caca merba,
Namun manis apabila dipandang.
Ada kisah tidak dikisahkan,
Rahsia-rahsia; rapi tersimpan.

Ada tulisan elok terletak, saat taat; halus dan tulus.
Ada baris-baris impian, yang menanti untuk dinoktahkan.

Dan kita merenung,
Pada muka-muka hadapan yang masih kosong,
"Apa yang akan diisikan?"
Sedang tahu,
Kita bukan penentu,
Akhir helaian itu.

(Haniff Zikri, Dar Baraka)

No comments:

Post a Comment