20180610

His Love Letter

25 : nabi musa.
.

Doa yang buat aku menangis malam ini.
Dan tak pernah berhenti setiap kali..

 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Ya tuhanku sesungguhnya aku sangat faqir kepada sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"
(28 : 24)

.

Doa ini telah diucapkan nabi musa selepas dia membantu dua wanita di madyan yang sedang dalam kesusahan, memberi minum pada haiwan ternak mereka sekalipun tidak mengenalinya.

.

Pada ketika ini, nabi musa dalam kondisi yang amat fakir. Fakir dari dua segi. 1. Fakir jiwa dan 2. fakir harta.

Fakir harta, kerana dia pada ketika itu dia sedang melarikan diri jauh dari tempat tinggalnya tanpa ada apa-apa harta, semasa diburu kaumnya disebabkan dia telah terbunuh salah seorang lelaki di sana.

Fakir jiwa, kerana setelah dia terbunuh seorang manusia, jiwanya keliru dan dirinya diburu dengan perasaan bersalah dan dosa. Dia hanya berjalan melarikan diri ke arah madyan tanpa dia tahu pun apakah yang ada di sana.

Dan dalam keadaan fakir inilah dia berjalan, semasa dalam perjalanannya ke madyan dia juga telah berdoa,

"Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku," (24:22)

Lalu setelah doa ini dia ditemukan dengan dua wanita yg kesusahan,
Dan dia telah memberikan pertolongan sekalipun dia juga berada dalam kefakiran.

.

Selepas membantu dua wanita tersebut, terus nabi musa terus menuju ke sebuah pohon, bersandar, lalu mengucapkan.

 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Ya tuhanku sesungguhnya aku sangat faqir  kepada sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"
(28:24)

.

Disebutkannya..

Ya Allah, aku sangat fakir.
Pada sesuatu kebaikan yg akan Engkau turunkan kepadaku.

.

Nabi musa tidakpun tahu apakah kebaikan itu. Dia tidak tahu apa yg akan Allah berikan padanya, dia hanya tahu bahawa dia berada dalam keadaan fakir dan amat memerlukan pada sebuah khair dari Tuhan.

.

TERUS (digunakan perkataan 'fa' dalam arabnya yg bermaksud terus berlaku tanpa ada jarak di antara keduanya),

Setelah nabi musa mengucapkan doa ini, salah seorang perempuan madyan tadi datang kepadanya dan membawa berita gembira pada nabi musa, di mana nabi musa telah dijemput ayahnya ke rumah.

Di sinilah kehidupan nabi musa berubah, dari kefakiran kepada pintu sebuah kecukupan.

Diberi rumah tempat tinggal, diberi pekerjaan, diberi pasangan hidup, dan seterusnya dia telah diangkat menjadi nabi.

.

Satu doa yg amat dalam maknanya dan amat besar kisah di sebaliknya.

.

Seringkali dalam hidup kita sebagai manusia tidak terlepas dari kefakiran ini.

Ada fasa tertentu dalam hidup di mana kita amat fakir, miskin segala-galanya hingga terasa hilang dan keliru dalam sebuah perjalanan yg tidak pasti di bumi Tuhan.

Namun Allah mengajar,
Dalam kefakiran itu ada kekayaanNya.

Dan dalam kekurangan itu ada kecukupan dan kebaikan yang sedang direncanaNya.

.

Maka berdoalah,
Dalam kefakiran yang sedang dirasa.

Kerana doa itu pembuka kepada sebuah kebaikan dari langit yang walaupun kita sendiri tak tahu apakah kebaikan itu,
Allah sentiasa akan berikan apa yang kita perlu.

.

Berdoalah, kerana kita adalah hamba.

Dan sememangnya kita sentiasa fakir dan amat memerlukan khair dari Dia.

 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Ya tuhanku sesungguhnya aku sangat faqir kepada sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"
(28:24)

090618
Ramadhan 25.


#copyandpaste from alifnunwau nymous fb page

baru ja tengah sedih sedih cepat betul Allah datangkan penawarnya 😭

No comments:

Post a Comment